31 May 2012

Ya allah ya tuhanku..
mudahkan bagiku ya allah..
mudahkan segala pekerjaan dan urusan ku ya allah..
kau tunjukkanlah aku jalan mu ya allah..
sesungguhnya hanya padamu aku bermohon dan padamu aku berserah ya allah..



04 May 2012

I will miss u 'HOME'

Tarikh 2/5/2012 merupakan tarikh yang penuh dugaan dan cabaran buat aku dan keluarga. Kerana pada tarikh ini bersamaan hari rabu aku dan keluarga telah kehilangan 'syurga dunia' kami dalam satu kebakaran. Kami kehilangan tempat berteduh yang kami anggap sebagai 'syurga dunia' kami sekeluarga.

Segala kemanisan dan kepahitan telah kami lalui di rumah ini tapi kini rumah ini hanya tinggal kenang-kenangan buat kami. Sungguh besar dugaan yang kami diberi ini dan apa yang dapat kami lakukan adalah bersyukur kerana walaupun kami kehilangan 'syurga dunia' kami, tapi alhamdulillah kerana ahli keluarga kami terselamat.

Sebenarnya sukar buat aku untuk menerima berita ini pada mulanya kerana aku berasa sangat terkilan kerana kemalangan ini berlaku di saat aku jauh dari keluargaku yang tercinta. Aku sedih sebab keluargaku terpaksa lalui segala cabaran dan dugaan ini tanpa aku berada di sisi mereka. Dan terus terang, sangat sukar buat aku pada waktu itu untuk menerima keadaan ini.

Tapi apabila bercakap dengan ahli keluarga ku yang jauh di seberang sana, mereka seolah-olah redha dan berserah kepada-Nya tentang kejadian ini. Malahan kesemua ahli keluarga ku tidak putus-putus untuk memberikan aku semangat agar terus kuatkan semangat dan redha dengan ketentuan ini. Dan dari situ aku berfikir, kalau ahli keluarga ku yang berada di tempat kejadian ketika itu masih bole tersenyum dan tabah dengan dugaan ini, kenapa tidak aku? Kenapa aku tidak bole menjadi sekuat mereka?

Dan syukur alhamdulillah kerana di saat aku berasa seperti putus asa, hadir keluarga dan sahabat yang sangat positif dan banyak membantu aku untuk terus cekalkan hati dan menerima ketentuan ini dengan redha. Mereka mengajar aku untuk jadi lebih kuat dan positif bahawa setiap yang berlaku ini ada hikmahnya.

Terima kasih Ya Allah kerana Engkau masih memberikan aku peluang untuk mendengar suara gembira ahli keluargaku Ya Allah.. Sesungguhnya hanya pada-Mu kami memohon perlindungan dan Kau berikanlah kami kekuatan dan kemudahan dalam menjalani semua ini Ya Allah. Kami berserah kepada-Mu Ya Allah.

Dan di sini juga ingin aku luahkan rasa terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang ambil berat tentang keadaan kami sekeluarga. Hanya Allah yang mampu untuk membalas jasa kalian dan semoga kalian diberikan kemurahan rezeki, dilancarkan segala urusan dan pekerjaan samada di dunia mahupun di akhirat dan semoga hidup kalian akan dilimpahi dengan seribu keberkatan. Insyallah amin.

Dan special thanx kepada kesayangan-kesayangan saya, Ainaa Bazilah, 'Atiqah Che Sulaiman dan Nurul Sakinah kerana ada di sisi aku di saat aku sangat-sangat memerlukan orang untuk luahkan segala isi hati aku.. dan terima kasih kerana sentiasa memberikan semangat kepada aku dan keluarga aku. Hanya Allah yang dapat balas jasa kamu dan sesungguhnya aku sayang kamu sangat-sangat.

Aku sertakan gambar-gambar kenangan rumah aku selepas kebakaran itu...











Gambar 1 sampai 4 itu adalah bangkai rumah aku..=(