31 May 2012

Ya allah ya tuhanku..
mudahkan bagiku ya allah..
mudahkan segala pekerjaan dan urusan ku ya allah..
kau tunjukkanlah aku jalan mu ya allah..
sesungguhnya hanya padamu aku bermohon dan padamu aku berserah ya allah..



04 May 2012

I will miss u 'HOME'

Tarikh 2/5/2012 merupakan tarikh yang penuh dugaan dan cabaran buat aku dan keluarga. Kerana pada tarikh ini bersamaan hari rabu aku dan keluarga telah kehilangan 'syurga dunia' kami dalam satu kebakaran. Kami kehilangan tempat berteduh yang kami anggap sebagai 'syurga dunia' kami sekeluarga.

Segala kemanisan dan kepahitan telah kami lalui di rumah ini tapi kini rumah ini hanya tinggal kenang-kenangan buat kami. Sungguh besar dugaan yang kami diberi ini dan apa yang dapat kami lakukan adalah bersyukur kerana walaupun kami kehilangan 'syurga dunia' kami, tapi alhamdulillah kerana ahli keluarga kami terselamat.

Sebenarnya sukar buat aku untuk menerima berita ini pada mulanya kerana aku berasa sangat terkilan kerana kemalangan ini berlaku di saat aku jauh dari keluargaku yang tercinta. Aku sedih sebab keluargaku terpaksa lalui segala cabaran dan dugaan ini tanpa aku berada di sisi mereka. Dan terus terang, sangat sukar buat aku pada waktu itu untuk menerima keadaan ini.

Tapi apabila bercakap dengan ahli keluarga ku yang jauh di seberang sana, mereka seolah-olah redha dan berserah kepada-Nya tentang kejadian ini. Malahan kesemua ahli keluarga ku tidak putus-putus untuk memberikan aku semangat agar terus kuatkan semangat dan redha dengan ketentuan ini. Dan dari situ aku berfikir, kalau ahli keluarga ku yang berada di tempat kejadian ketika itu masih bole tersenyum dan tabah dengan dugaan ini, kenapa tidak aku? Kenapa aku tidak bole menjadi sekuat mereka?

Dan syukur alhamdulillah kerana di saat aku berasa seperti putus asa, hadir keluarga dan sahabat yang sangat positif dan banyak membantu aku untuk terus cekalkan hati dan menerima ketentuan ini dengan redha. Mereka mengajar aku untuk jadi lebih kuat dan positif bahawa setiap yang berlaku ini ada hikmahnya.

Terima kasih Ya Allah kerana Engkau masih memberikan aku peluang untuk mendengar suara gembira ahli keluargaku Ya Allah.. Sesungguhnya hanya pada-Mu kami memohon perlindungan dan Kau berikanlah kami kekuatan dan kemudahan dalam menjalani semua ini Ya Allah. Kami berserah kepada-Mu Ya Allah.

Dan di sini juga ingin aku luahkan rasa terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang ambil berat tentang keadaan kami sekeluarga. Hanya Allah yang mampu untuk membalas jasa kalian dan semoga kalian diberikan kemurahan rezeki, dilancarkan segala urusan dan pekerjaan samada di dunia mahupun di akhirat dan semoga hidup kalian akan dilimpahi dengan seribu keberkatan. Insyallah amin.

Dan special thanx kepada kesayangan-kesayangan saya, Ainaa Bazilah, 'Atiqah Che Sulaiman dan Nurul Sakinah kerana ada di sisi aku di saat aku sangat-sangat memerlukan orang untuk luahkan segala isi hati aku.. dan terima kasih kerana sentiasa memberikan semangat kepada aku dan keluarga aku. Hanya Allah yang dapat balas jasa kamu dan sesungguhnya aku sayang kamu sangat-sangat.

Aku sertakan gambar-gambar kenangan rumah aku selepas kebakaran itu...











Gambar 1 sampai 4 itu adalah bangkai rumah aku..=(

09 April 2012

Distracted Weekend

What I really need is the time for myself.
I'm distracted with so many things which I don't even know where it comes from.
The simple answer is that it comes from myself.
I'm not good in managing my on life and that is why I'm stuck in these iritating and useless situations.

I hate being like this because this is not me.
I'm not being myself and I hate it.
I want to chat, laugh and tease my friends like myself before.

Dear Allah,
Please give me the strength and please show me your path.
I really need that right now and I really do.
Please guide me in going through with all of these obstacles.
I really do Allah.
Please


08 April 2012



Kita kongsi warna mata
Tapi kita tidak kongsi warna hati

Malique

03 April 2012

GoodLuck!

 
GOOD LUCK!!

The wish were actually for myself...
Yeahh! I'm going for an interview for my internship today in Kuala Lumpur..
More specific,in Damansara..
A bit nervous but I'm sure I can do this..

Have Faith in Yourself




Thanks a lots for those who have pray for me especially my  
family and beloved friends.  
I love u guys and I will do my best dearest. <3


Sincerely,
Aslieza Asnan

01 April 2012

Who Says


Lagu adalah suatu medium yang sangat bagus untuk meluahkan apa yang kita rasa (bagi akula).. 
Dan aku suka mengaitkan kisah hidup ku dengan lagu sebab aku bukan la seorang yang kretif yang pandai bermadah dalam meluahkan perasaan aku (walaupun dulu time SPM amek subjek Kesusasteraan Melayu tapi still fail dalam bab-bab bermadah nie..=p)

Dan video lagu di bawah nie sebenarnya memberi inspirasi pada diri aku sendiri untuk jadi apa yang aku nak.. siapa cakap yang kita tak bole jadi apa yang kita nak jadi?
Itu semua terpulang pada diri kita sendiri untuk tentukan arah tuju hidup kita dan tiada siapa bole halang kita.. 

Apa yang perlu kita buat adalah betulkan niat, tetapkan iman, tentukan hala tuju dan impian kita dan seterusnya berserah kat Allah.. Insyallah Dia akan bimbing kita ke arah yang lebih baik. Insyallah.

Jadi lagu Selena Gomez nie adalah sebagai sumber inspirasi untuk aku menjadi lebih baik dari sebelumnya..
Kerana aku adalah aku, dan cuma aku yang bole tentukan apa yang aku nak capai dalam hidup aku.
=D




I wouldn't wanna be anybody else, hey
You made me insecure, to me I wasn't good enough
But who are you to judge
When you're a diamond in the rough

I'm sure you got some things
You'd like to change about yourself
But when it comes to me
I wouldn't want to be anybody else

I'm no beauty queen, I'm just beautiful me
You got every right to a beautiful life, come on

Who says, who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me that's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful, who says?

It's such a funny thing
How nothing's funny when it's you
You tell 'em what you mean
But they keep whitin' out the the truth

It's like the work of art
That never get to see the light
Keep you beneath the stars
Won't let you touch the sky

I'm no beauty queen, I'm just beautiful me
You got every right to a beautiful life, come on

Who says, who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me that's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful, who says?

Who says you're not star potential
Who says you're not presidential
Who says you can't be in movies
Listen to me, listen to me

Who says you don't pass the test
Who says you can't be the best
Who said, who said?
Would you tell me who said that, yeah
Who said


aslieza asnan

31 March 2012

Miss You





























Lilis rindu sangat kat Abi.. Abi pegi mana??



Yang Merindui,
aslieza asnan