12 March 2012

speak up people!

Lesson of the day: BE ACTIVE AND PARTICIPATE IN CLASS.
 Hmmm masalah nie sering terjadi dalam kelas aku especially di mana classmates aku sangat payah untuk mengeluarkan suara mereka didalam kelas terutama sekali apabila lecturer tanya soalan. Aku x tau la apa yang ada dalam mulut dorang sampai dorang susah sangat nak participate dalam kelas. Sedangkan tidakkah mereka mengetahui bahawa participation dalam kelas adalah sangat diambil kira dan sesetengah lecturer akan beri markah sebanyak 5% untuk penglibatan pelajar dalam kelas. Dan 5% tu bukan sikit okay. Kau xda 5% tu kau xkan dapat carry mark 50% kau tau tak. 
Kadang kadang rasa macam geram sebab kita terpaksa approach dorang nie dan encourage dorang untuk cakap kat dalam kelas. Tolongla kawan kawan, 5% tu banyak okay. Jadi tolong aktifkan diri anda. Lagipun time dalam kelas nie la kita nak tuntut ilmu jadi x payah nak malu sebab da nama pun kita belajar kan. "Learn from mistakes and it will make u better in future". Lagipun, dengan menglibatkan diri semasa kelas akan menjadikan lecturer kita tu kenal kat kita dan terus terang cakap kita akan lebih suka kat subjek tu in return. So tak rugi la kan kalau melibatkan diri sebab adanya "win-win situation" kat situ. 
Selain daripada itu, dengan melibatkan diri dalam kelas nie, kita akan dapat perbaiki "self-confidence" kita. Sebab bila kita da biasa bercakap kat depan orang lain kita da tak kekok da untuk share kita punya idea, thoughts dan mungkin knowledge yang kita tau orang lain tak tau. Bukan ka itu akan mendatangkan manfaat untuk kita semua?  
Jadi kawan kawan, marila kita bersama sama melibatkan diri dalam kelas sebab inilah cara untuk kita memperbaiki diri kita. Tak ada manusia yang sempurna tapi sekurang kurangnya kita cuba untuk meminima kan kekurangan yang ada dalam diri kita. Dan jangan lupa, "LEARNING IS FUN-TASTIC".

No comments:

Post a Comment